Kenapa Upah Copywriter Mahal (Sepatutnya)

Kenapa Upah Copywriter Mahal (Sepatutnya)

 

KENAPA COPYWRITER MAHAL UPAHNYA?

.

Simple aje.

.

Sebab dengan baris-baris ayat tulisannyalah akan hasilkan RM100,000 atau RM300,000 atau RM1,000,000 di dalam bisnes anda.

.

Itu pun ramai yang rasa mahal untuk bayar copywriter dari Malaysia yang kenakan caj tak sampai RM1,000 pun (untuk surat jualan minisite)

.

Pada saya, jika anda rasakan dengan surat jualan yang bakal ditulis oleh copywriter anda mampu hasilkan berpuluh-puluh ribu ringgit untuk jualan produk anda, janganlah perkecilkan pula upah mereka.

.

Saya pernah dengar omputeh caj klien mereka 5-angka dalam USD untuk menulis surat jualan sahaja, dan ramai yang sanggup untuk mengambil servis mereka.

.

Sebabnya... mereka tahu konsep ROI, Return On Investment.

.

Tapi takkan la copywriter Malaysia nak caj sehingga RM40,000 untuk 1 surat jualan?

.

Why not?

.

Jika ianya berbaloi.

.

Ya, saya tahu... sekarang ni zaman susah, bajet pun kurang.

.

Pada masa yang sama, saya tengok banyak juga bisnes yang cecah jutaan ringgit, malah sehingga 8 angka setahun.

.

Jadi, ini tidak bermakna upah untuk menulis surat jualan ini patut mengikut inflasi semasa - anda faham kan maksud saya?

.

Klik Sini Untuk Dapatkan Viral Rekemen Marketing

.

"Susah-susah sangat, aku tulis sendiri la...."

.

Dipersilakan dan anda akan tahu nanti kenapa menulis surat jualan ini tak sama seperti menulis karangan untuk dihantar kepada guru kelas untuk semakan.

.

Kadang-kadang ayat yang ditulis di dalam surat jualan pun serupa rojak, struktur tunggang langgang, bahasa Inggeris Melayu bercampur, jauh melencong daripada yang diajar dalam sekolah.

.

Itulah kelainannya... dan keistimewaannya.

.

Kepada rakan-rakan saya yang sediakan servis copywriting, keep up the good work, lepas ni saya harap ada yang akan bayar lebih daripada apa sahaja caj yang anda kenakan kepada klien anda.

.

"Apa? Nak upah saya tulis surat jualan untuk produk anda?"

.

Hmmm... kalau berani bersedia dengan RM10,000 ke atas, boleh aje contact saya tetapi itu pun tak tentu lagi saya ambil kerana sehingga sekarang, saya tak pernah lagi tawarkan servis menulis surat jualan kepada klien saya.

.

Saya cuma tulis untuk produk terbitan saya sendiri sahaja atau bila ada projek bersama dengan joint-venture partner.

.

Anda dapat belajar sesuatu hari ni? SAY ALHAMDULILLAH dan jangan lupa kongsikan ilmu ini dengan orang lain.

.

Related Articles: