PASSIVE INCOME - Keajaiban Dunia Ke-8 ?

PASSIVE INCOME  - Keajaiban Dunia Ke-8 ?

 

Alangkah bertuahnya kalau masa muda dahulu sudah ada orang beritahu saya untuk mula bina PASSIVE INCOME seawal mungkin.

.

Pasti selepas 10-20 tahun berusaha bina passive income ini, hidup akan menjadi mudah.

.

Tak perlu kerja berat lagi dah.

.

Nak buat kerja pun boleh pilih mana satu yang saya suka buat.

.

Tapi saya datang dari keluarga yang susah, tak ada orang nak nasihatkan saya sebegitu kerana ibu bapa saya pun tak ada pengalaman untuk menjana pendapatan pasif ini.

.

Alhamdulillah, nasihat emak dan ayah masih berguna.

.

"Belajar rajin-rajin, nanti dapat kerja bagus, boleh keluar daripada kemiskinan".

.

Tak kiralah apa pandangan anda tentang nasihat di atas.

.

Jawapan kepada barisan nasihat di atas adalah tepat dan relevan untuk saya ketika itu.

.

Ini kerana untuk keluar daripada kemiskinan, bersandarkan kesungguhan saya untuk belajar, menjadi orang yang terpelajar adalah satu tindakan yang bijak.

.

Daripada itulah saya gunakan pengalaman, pendedahan dan kepintaran saya untuk mencari keajaiban dunia yang ke-8 ini.

.

PASSIVE & COMPOUNDING INCOME.

.

Walaupun tidak bermula dengan lebih awal, ianya masih lagi tidak terlewat untuk saya... semestinya tidak terlewat untuk anda juga membina PASSIVE INCOME ini.

.

Situasi pula memainkan peranan yang sangat penting.

.

"Ahhh, aku tengah sengkek duit makan pun tak cukup, kau sibuk cerita pasal bina passive income yang cuma boleh dinikmati 10-20 tahun lagi".

.

Inilah contoh ekstrim.

.

Dan inilah juga jawapan kepada contoh ekstrim di atas.

.

"Jangan bina pendapatan pasif lagi, fokuslah kepada mencari pendapatan aktif untuk survive setiap hari".

.

TAPI...

.

Jangan sesekali lupakan adanya keajaiban dunia ke-8 ini, sesuatu yang anda nak terokai walaupun 7 keajaiban dunia yang lain pun anda tak mampu melihat dengan mata kepala anda sendiri lagi.

.

Tanamkan dahulu niat untuk satu hari nanti anda bina pendapatan pasif ini, dan bila sudah ada niat, in shaa Allah, akan datang keinginan untuk berusaha dan seterusnya anda tak sedar pun anda sedang melakukannya.

.

Yang sudah selesa dengan pendapatan aktif yang diterima melalui pekerjaan harian pula, kenapa tak mula mengorak langkah untuk bina pendapatan pasif anda?

.

Tak tahu bagaimana nak mula?

.

Tanyalah.

.

Dahulu saya bentangkan pelbagai pilihan untuk saya buat keputusan.

.

Antaranya...

.

1. buka stesen minyak dan gajikan pekerja (bisnes)

2. laburkan duit di dalam saham (pelaburan)

3. simpanan tetap duit di dalam ASB & Tabung Haji (pelaburan)

4. beli hartanah (pelaburan)

5. mulakan bisnes internet (bisnes)

.

...dan banyak lagi.

.

Bukan semuanya mampu saya lakukan.

.

Tapi setidak-tidaknya, saya tahu saya ada pilihan untuk memulakan sesuatu yang bakal membantu saya di kemudian hari.

.

Maka, dari satu batu saya loncat kepada batu yang lain sehinggalah saya terjumpa lagi beberapa kaedah untuk mencipta pendapatan pasif ini... dan saya buat.

.

Ada yang berjaya, ada yang sangkut setengah jalan, ada yang tak boleh saya mulakan langsung.

.

Satu perkara yang pasti ialah... minda saya sudah terbuka untuk mengenali mana satu peluang menjana pendapatan pasif yang diidamkan ini.

.

Saya akan lalui perjalanannya.

.

Tak kira apa orang nak kata.

.

Tak kira apa orang mengharap.

.

Fokus saya mesti jelas dan segala gangguan sekeliling wajib dianggap sebagai "jeng kreng".

.

Alhamdulillah, ada usaha yang telah membuahkan hasil, ada masalah yang dahulunya besar menjadi kecil, ada yang susah menjadi senang.

.

Saya tak tahu bagaimana dan apa yang anda lakukan sekarang.

.

Mungkin nasihat saya untuk anda bina pendapatan pasif sekarang adalah tidak sesuai dengan situasi anda sekarang.

.

TAPI percayalah... sebaik sahaja anda rasakan "timing"nya sesuai, oraklah langkah anda dan alu-alukanlah idea untuk menghasilkan pendapatan pasif pertama anda.

.

Saya doakan anda berjaya dan semoga ilmu yang sedikit yang saya sampaikan di atas menjadi asbab anda berjaya dunia dan akhirat.

.

.

Aamiin.

.

.

PS. bila tengok balik gambar saya ni, nampak macam guna greenscreen dengan background dari Google pulak kan? :-D