Susah Sangat Ke Nak Tulis Suratjualan? 🧐

Susah sangat ke nak tulis suratjualan? 🧐

Jom Saya Share Sikit Pengalaman Saya Menulis Surat Jualan… 🧐

.

Menulis surat jualan merupakan sesuatu yang challenging bagi sesetengah orang, termasuk juga saya.

.

Kadang-kadang tu, dah berhari mengadap komputer pun tak menjadi-jadi.

.

Mungkin itulah yang dinamakan "writer's block" untuk penulis buku, bezanya "penyakit" tu kena kepada orang yang menulis surat jualan juga.

.

Tapi selalunya bila idea datang mencurah, saya tak boleh berhenti sehingga awal pagi pun jari-jari saya akan menari-nari di atas keyboard.

.

Masa tu, jangan saya diganggu kerana jika tidak, idea menulis boleh melayang begitu sahaja.

.

Di dalam menulis surat jualan juga, saya sentiasa cuba menyelami apa yang bakal pembaca akan rasa bila melihat setiap baris yang saya tulis.

.

Saya nak mereka rasa apa yang saya rasa ketika itu.

.

Jadi, jika saya nak mereka berasa sedih, ketika menulis itu sendiri pun saya nak rasa sedih.

.

Ketika saya nak mereka rasa marah, masa menulis pun saya nak berasa marah.

.

Dan ketika saya nak mereka beli, jam-jam tu juga saya kena pastikan apa yang saya tulis tu akan buatkan saya sendiri nak beli.

.

Begitulah emosi saya tampilkan semasa saya menulis surat jualan saya.

.

Emosi bercampur-baur tetapi masih lagi menuju ke destinasi yang sama, iaitu mengajak pembaca untuk melihat tawaran saya dan seterusnya membuat pembelian.

.

Ada ketikanya, saya akan tulis segala-galanya secara sepintas lalu dahulu, langkau bahagian yang emosinya belum sampai kepada saya, dan teruskan dengan bahagian yang lain sehinggalah ke akhir surat jualan.

.

Selepas itu, saya pergi semula ke bahagian yang belum disiapkan dan menulis semula selepas hadirkan emosi yang bersesuaian.

.

Dan semestinya keseluruhan surat jualan akan diperhalusi, disunting dan diperbaiki di setiap bahagian yang perlu.

.

Maksudnya, saya mungkin akan membaca surat jualan saya lebih daripada 10 kali sebelum ianya siap untuk pembaca melihat dan membaca sepintas lalu.

.

Dalam bacaan sepintas lalu itulah, saya harapkan pembaca akan tertawan dengan penulisan saya dan buat pesanan.

.

Phewww... banyak kan kerja menulis surat jualan ini?

.

Semua itu akan berbaloi nanti bila saya lihat apa yang saya jual di internet menjadi mudah.

.

Semuanya akan berbaloi bila dengan memberi pembaca link ke laman web saya ini membuahkan jualan sehingga 5 ke 6 angka bagi setiap pelancaran produk.

.

Itulah serba sedikit insider information seorang penulis surat jualan seperti saya ini.

.

Itulah juga sebabnya ada copywriter yang tanpa rasa gerun akan letakkan caj RM5,000 - RM10,000 untuk setiap surat jualan yang ditulis.

.

Dan jika anda terjumpa copywriter yang kenakan caj yang murah, seperti RM1,000 aje, ketahuilah anda bahawa anda akan bayar sangat murah kepada beliau kerana jika surat jualan yang ditulis oleh beliau mampu hasilkan 5 ke 6-angka kepada anda, apalah sangat RM1,000 itu, kan?

.

Sekarang anda bayangkan bahawa surat jualan seperti ini telah ditulis dan anda kena buat KERJA SIMPLE aje... iaitu SHARE LINK ke surat jualan ini.

.

Adakah anda akan lakukan KERJA SIMPLE ini regardless apa yang dipromosikan (ofcoz, yang dipromosikan itu patuh syariah)?

.

Cuba share pendapat anda.

.

Dan kongsikan post ini jika anda rasa ianya bermanfaat.

.

ALHAMDULILLAH.

.

Related Posts: