Bahaya Jika Cuma Bergantung Kepada FB Ads Semata-mata

Bahaya Jika Cuma Bergantung Kepada FB Ads Semata-mata

Ramai yang merungut bila ini iklan di fb tak berjalan, walaupun dah lama buat bisnes secara online.

Ini contohnya...

Tak dinafikan bahawa iklan FB berkesan tetapi kalau tak menjadi, apa pula yang patut kita lakukan?

Itulah sebabnya seawal pembabitan saya di dalam menjual produk di internet, saya selalu tekankan "bina database pelanggan".

Bahasa selalu kita dengar... kolam prospek.

Walaupun saya tak gemar menggunakan terma kolam ini, tapi saya harap anda faham maksud saya.

Binalah database anda.

Kalau tak tahu macam mana nak kumpul dtabase, belajarlah.

Database dalam format apa nak dikumpul?

1. email (ini selalu saya buat)
2. nombor whatsapp

2 di atas adalah yang utama bagi saya sebab sekiranya sesuatu berlaku kepada pengendali email atau nombor whatsapp yang saya kumpul, saya masih boleh simpan untuk dipindahkan ke pengendali yang lain.

Tapi kalau anda kumpul database di dlm FB group, sebagai contoh, dan akaun anda kena curi & dipadamkan, gone is your business.

Saya menggunakan beberapa servis autoresponder untuk mengumpul database email & nombor whatsapp serentak, tapi kalau anda nak cuba yang simple dulu, guna servis dari sendfox ini:

https://appsumo.8odi.net/BgJPL

Jangan risau tentang berapa % CTR ke apa ke... cuba dahulu.

Kalau tak dak bayar pun, cuba daftar akaun percuma.

Tak tahu macam mana nak daftar akaun percuma? Contact saya balik.

Itulah pentingnya anda ada database sendiri, supaya anda tidak dibuli oleh platform pengiklanan third-party lain.

Tapi kalau dah bersedia betul-betul dengan pemasaran email ini, bolehlah pertimbangkan terus untuk guna Aweber atau Getresponse.