Kenapa Bayar Untuk Hadiri Kursus Online Adalah Lebih Baik?

Kenapa bayar untuk hadiri kursus online adalah lebih baik?

Banyak aje kursus secara online ini dijalankan secara percuma dan berbayar.

Terpulang kepada anda nak pilih yang mana.

Tapi 1 aje yang saya perhatikan.

Kalau kursus yang dihadiri percuma, ramai peserta yang tak ambil serius aje, walaupun ilmu yang disampaikan adalah premium.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah mengendalikan kursus yang ditaja oleh pihak tertentu dan peserta tidak perlu keluarkan 1 sen pun untuk join.

Itulah sebabnya ianya menjadi idea yang bagus untuk anda keluarkan duit (sedikit pun tak mengapa) untuk hadiri sebarang kursus online sekarang ni.

Biar anda rasa perit sedikit untuk keluarkan duit untuk hadiri kursus supaya anda akan tanamkan dalam minda yang anda mesti berjaya selepas hadiri kursus tersebut.

Jika tidak, anda akan rasa rugi kerana sudah keluarkan duit untuk hadiri kursus ini.

Fear Of Losing.

Dan adalah tidak pelik bila saya sendiri pun bayar untuk hadiri kursus yang dikendalikan oleh rakan-rakan bisnes online yang saya kenali, di mana jika saya bagitau aje nak hadir ke kursus mereka, saya akan dapat tiket percuma aje.

Yang terkini saya buat adalah untuk Kursus eCommerce OrderSini.

Walaupun pada permulaannya saya bayar kursus ini untuk dapatkan langganan pakej setahun yang bernilai RM990 tu, tapi saya stay selama 2 hari untuk belajar dengan lebih mendalam lagi tentang sistem OrderSini ini.

Akhirnya, kedai online saya jadi lebih cantik dan nampak lebih meyakinkan untuk saya hasilkan lebih banyak jualan.

Berapa saya bayar?

RM90 aje pon.

Dan dah dapat langganan servis OrderSini bernilai RM990 tu memang super berbaloi dah sebenarnya, dan saya masih masih masih lagi tak faham kenapa ada yang tak nampak nilai kursus ini (keluarkan RM90 untuk dapat nilai sebenar RM990)

Betul beb, RM990 tu adalah nilai sebenar yang akan anda dapat bila join kursus OrderSini ini.

Saya sendiri pun dah terangkan di dalam video saya ini:

In the end, semuanya terpulang kepada anda.

Kursus OrderSini masih akan berlangsung esok dan lusa ni.

Orang lain masih akan belajar dan hasilkan kedai online mereka yang ready untuk terima tempahan online.

Nanti dengan langganan percuma selama 12 bulan yang diterima mereka ini pastinya akan bukan setakat bagi balik modal untuk mereka bayar yuran kursus ini, silap-silap akan jadikan mereka jutawan online (nope, saya tak exaggerate sebab yang hadir pun ramai yang sudah ada bisnes offline mereka sendiri, yang belum ada bisnes pun sudah terbuka hati untuk peluang di depan mata).

Jom... bila anda dah ready.

https://ordersini.net/kursus-ecommerce-ordersini

 

PS. kalau tak dapat hadiri kursus ni esok & lusa, bagaimana? Tempah aje tempat anda dahulu dan nyatakan kepada penganjur yang anda akan hadiri hujung minggu depan.

 

 

INFO LANJUT DI FB… KLIK SINI!