Bahwa seorang wanita menemui Nabi saw lalu menyatakan:
“Ibuku bernazar untuk haji, namun ia meninggal dunia sebelum sempat haji, bolehkah aku menggantikan hajinya?”
Baginda menjawab:
“Ya, berbuatlah haji bagi pihaknya (bagi menggantikannya). Sekiranya ibumu mempunyai hutang, bukankah engkau akan melunaskannya?”
Dia menjawab:
“Ya. Beliau bersabda: Penuhilah hutang kepada Allah, sebab Allah lebih berhak untuk dilunasi hutangnya”…
Hadis riwayat Al-Bukhari, Ahmad & Nasaie.
Dari Fadl bin Abbas r.a bahawa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah Taala telah mewajibkan Haji kepada hambaNYA. Bapaku pula seorang lanjut usia dan tidak mampu berada dalam kenderaan (terlalu lama), maka apakah aku boleh menghajikannya?”
Rasulullah menjawab:
“Boleh”
Hadis riwayat Abu Daud.
DEFINASI BADAL HAJI
Badal Haji ialah ibadat haji yang dilaksanakan oleh seseorang individu yang telah menunaikan Haji dagi dirinya dan kemudian melaksanakan Haji bagi pihak individu lain yang terhalang daripada melakukan ibadat tersebut disebabkan oleh beberapa halangan menurut syarak.
MAKSUD UPAH HAJI BADAL HAJI
Membayar upah kepada pelaksana Haji (yang telah pernah melaksanakan Haji) bagi melaksanakan haji menggantikan tubuh badan penama disebabkan halangan-halangan yang diterima Syara'.
SYARAT SAH PELAKSANA BADAL HAJI
Ia wajiblah dilakukan oleh mereka yang sudah melakukan ibadat haji untuk dirinya sendiri. Jika ia dilakukan oleh mereka yang belum melakukan ibadat haji, maka haji tersebut dianggap telah dilakukan bagi dirinya sendiri dan bukan bagi pihak mereka yang mewakilkan atau mengupahnya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas RA: Bermaksud:
“Nabi Muhammad SAW telah mendengar seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku boleh menunaikan haji bagi Syubrumah?
Rasulullah bertanya: Siapakah Syubrumah?
Lelaki itu menjawab: Dia adalah saudaraku atau salah seorang dari kaum kerabatku.
Rasulullah bertanya lagi: Adakah kamu telah menunaikan haji bagi dirimu?
Lelaki itu menjawab: Belum.
Rasulullah bersabda: Tunaikanlah haji bagi dirimu dahulu, kemudian barulah kamu menunaikan haji bagi Syubrumah. ”
SIAPA YANG WAJIB DIGANTIKAN HAJI BAGI PIHAKNYA?
Badal Haji hanya dapat dilaksanakan bagi pihak mereka yang disahkan tidak mampu melaksanakan ibadat haji menurut syarak. Ketidakmampuan ini merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Meninggal dunia;
2. Dikurung (dipenjara atau sebagainya);
3. Dihalang
4. Menghidap penyakit yang tidak akan sembuh;
5. Mengalami kecacatan fizikal seperti buta (jika ia tidak mampu* mengadakan pemandu); dan
6. Usia tua yang tidak mampu melakukan ibadat haji & menempuh perjalanan yang jauh.
*Ketidakmampuan yang disyaratkan ini hendaklah sesuatu yang dijangka akan berterusan sehingga seseorang yang wajib melakukan ibadat haji itu meninggal dunia.
INFO TAMBAHAN YANG MESTI DIKETAHUI
<> Tidak sah Badal Haji bagi yang masih mampu untuk melakukannya sendiri.
<> Badal Haji tidak sah untuk mereka yang fakir atau miskin kerana ketiadaan kemampuan kewangan.
<> Tidak sah seseoang itu melakukan Haji untuk orang lain sehinggalah dia telah melaksanakan Haji untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.
<> Badal Haji boleh dilakukan oleh pelaksana lelaki kepada penama wanita ataupun sebaliknya.
<> Apabila seseorang itu telah meninggal dunia dan dia mempunyai wang, maka wajiblah diasingkan dahulu wang tersebut untuk dilaksanakan Haji bagi pihak si mati tersebut walaupun tidak diwasiatkan.
<> Badal Haji afdhal dilaksanakan oleh keluarga terdekat seperti anak, adik beradik dan seumpamanya. Namun harus dilaksanakan oleh orang lain yang amanah dan faqeh.
<> Akad bagi mewakilkan kepada seseorang untuk melaksanakan Badal Haji kepada Hikmah Zulhijjah adalah Akad Zimmah. Iaitu Akad yang membenarkan Hikmah Zulhijjah mewakilkan kepada salah seorang dari petugasnya untuk melaksanakan amanah ini setelah diwakilkan oleh pihak waris.
KEISTIMEWAAN PERKHIDMATAN BADAL HAJI BERSAMA
HIKMAH ZULHIJJAH
Tempahan Mudah ✅
Agensi Perniagaan Berdaftar ✅
Upah Yang Fleksibel ✅
Berpengalaman ✅
Pilihan & Kepercayaan Ramai ✅
Bukti Perlaksanaan ✅
Amanah & Jujur ✅
ANTARA TESTIMONI PESERTA BADAL HAJI
HIKMAH ZULHIJJAH merupakan branding yang diuruskan oleh Syarikat Hasnul Creates Trading & Services yang dimiliki oleh Ustaz Haji Hasnul Diwani dengan usahasama Shahmie Travel & Tours Sdn. Bhd, yang beralamat di Sungai Buloh, Selangor. Dengan pengalaman hampir 10 tahun dalam industri Haji dan Umrah, Hikmah Zulhijjah telah menguruskan lebih 2000 Badal Haji bermula dari tahun 2015.
Melalui pengalaman yang ada, Hikmah Zulhijjah yang sentiasa berkolaborasi dengan petugas-petugas Haji dan Umrah yang bermukim di Tanah Suci Makkah dalam menjalankan operasi Haji dan Umrah mengambil peluang yang ada untuk membantu peserta Badal Haji menyelesaikan tanggungjawab mereka buat mereka-mereka yang tersayang dengan yakin tanpa perlu rasa risau lagi.
Bahkan sekiranya berlaku halangan untuk menyelesaikan Badal Haji ini, pihak Hikmah Zulhijjah memberi jaminan pulangan penuh wang upah yang telah dibayar kepada waris yang membayar tersebut.
Shahmie Travel & Tours Sdn. Bhd.A-17-2nd Floor, Jalan Nautika A U20/A, TSB Commercial Centre, Sungai Buloh, Shah Alam, Selangor.
INFO TAMBAHAN
1. Upah Badal Haji hanya akan dibayar kepada pelaksana apabila mereka telah selesai melaksanakan rukun dan wajib Haji.
2. Sekiranya perlaksanaan tidak berjaya dilakukan atau diselesaikan,wang upah Haji akan dipulangkan sepenuhnya ke akaun waris yang membayar upah.
3. Nama dan gambar pelaksana akan disertakan bersama salinan digital sijil perlaksanaan badal Haji sebelum sijil sebenar diposkan kepada waris.
4. Penghantaran sijil fizikal akan diposkan seawal satu bulan selepas saya pulang dari Tanah Suci Makkah di musim Haji tahun ini.
5. Penghantaran Air Zamzam 5 Liter akan menyusul selepas penghantaran sijil fizikal kepada waris.
Pendaftaran, pembayaran dan akad mewakilkan Zimmah perlaksanaan Badal Haji boleh dibuat dengan menekan butang daftar di bawah.
PERLUKAN BANTUAN?
Sila klik logo aplikasi Whatsapp di bawah untuk pertanyaan