Rapuhnya Hidup (Khairat Kematian PERCUMA)

Rapuhnya Hidup (Khairat Kematian PERCUMA)

Rapuhnya Hidup (Khairat Kematian PERCUMA)
oleh: Zamri Nanyan

Semasa remaja dahulu, saya kurang mendengar berita kematian dari kalangan kawan-kawan saya.

Tapi bila meningkat dewasa dan sampai ke 4-series, berita kematian rakan-rakan menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Semenjak saya sakit tersimbah asid dahulu, saya rasakan yang saya yang akan dahulu meninggalkan rakan-rakan saya.

Sebaliknya, umur saya masih lagi panjang dan diberikan banyak lagi peringatan kepada saya supaya harus selalu mengingati mati.

Saya sudah hilang hitung berapa ramai rakan saya yang sudah pergi.

Rasanya lebih daripada 5 orang sejak 2017 sehingga sekarang.

Yang dikategorikan kurang sihat pun makin bertambah.

Jadi, nak tak nak, terpaksa juga kita bersedia serba sedikit.

Persediaan amalan itu sudah menjadi kewajipan tetapi fokus perkongsian saya pada kali ini ialah kepada khairat kematian di mana inilah yang saya lakukan untuk menyediakan tabung kecemasan secara automatik.

Saya juga ada mencarum di dalam tabung khairat kematian di tempat saya tinggal di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi - RM50 untuk setahun bagi setiap keluarga.

Tapi saya juga ada satu lagi khairat kematian yang diberikan secara automatik kepada saya sekiranya saya meninggal dunia, dengan cuma menjadi ahli Tone Wow Excel.

Setiap bulan saya menggunakan telefon miminum RM50 dan secara automatik saya didaftarkan ke dalam faedah khairat kematian untuk jumlah sebanyak RM2,000.

RM2,000 mungkin bukan jumlah yang terlalu banyak sesetengah orang tetapi menjadi satu jumlah yang "significant" bagi orang lain, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Alhamdulillah, saya rasa saya tidak memilih telco yang salah untuk menggunakannya sebagai kegunaan telefon harian saya, sumbangan automatik untuk khairat kematian dan juga sumber pendapatan tambahan untuk diwarisi kepada keluarga saya satu hari nanti.

Mati itu wajib dan masanya tidak akan lambat atau cepat sesaat pun.

Sementara hidup, buatlah persediaan apa sahaja yang mampu.

ikhlas,
Zamri Nanyan
ToneWowExcel.com Business Partner